FAKTOR-FAKTOR BAGI MEWUJUDKAN MASYARAKAT MAJMUK

 Faktor-faktor bagi mewujudkan masyarakat majmuk

Sebelum kita mengetahui dengan lebih dalam lagi tentang faktor-faktor bagi masyarakat majmuk, marilah kita menyusur dulu tentang makna masyarakat majmuk. Daripada definisi tersebut, kita akan lebih mengetahui tentang fungsi-fungsi terhadap masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk yang bermaksud masyarakat yang memiliki kandungan dalam beberapa kumpulan etnik yang hidup secara bersama-sama dan bercampur serta tinggal dalam satu unit politik yang setara meskipun hidup berasingan dan tidak bersatu padu serta memiliki budaya yang tersendiri. Kewujudan pemprosesan dan cara kedatangan terhadap masyarakat majmuk adalah secara indenture, kontrak, kangany dan akhir sekali bebas.

 Faktor-faktor untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang paling utama merupakan sistem pendidikan kerana setiap dalam kalangan masyarakat memiliki sistem pendidikan tersendiri. Dengan itu, sistem pendidikan dikukuhkan dengan lebih lanjut tentang sifat kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu iaitu salah satu masyarakat peribumi atau bumiputera mendapatkan pendidikan berlandaskan agama masing-masing seperti agama Islam di sekolah pondok sebelum era kemerdekaan. Selain itu, sekolah-sekolah Melayu juga telah dibangunkan oleh pemerintah British semasa penjajahan mereka pada ketika dahulu. Bukan itu sahaja, kualiti terhadap sistem pendidikan di Tanah Melayu juga tidak memuaskan kerana guru tempatan hanya mengajar murid-murid dalam membaca, menulis dan mengira. Selain daripada itu, pendidikan orang Cina berdasarkan negara China serta mereka juga menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Buku-buku, sukatan pelajaran serta guru-guru juga digunakan dan dibawa dari China untuk memudahkan murid-murid untuk belajar bahasa Cina. Di samping itu, orang India juga diberikan kemudahan untuk menimba ilmu di sekolah-sekolah Tamil yang telah ditubuhkan di kawasan ladang bagi memberikan pengetahuan secara asas kepada orang India. Bukan itu sahaja, matapelajaran juga diajar berlandaskan negara India. Kedua-dua sekolah Cina dan Tamil dibina dan diwujudkan dengan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) serta sekolah menengah supaya sistem pendidikan di Tanah Melayu sentiasa berjalan dengan lancer dan mengelakkan daripada perselisihan faham antara kedua-dua kaum. Selain bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar kepada kedua-kedua sekolah, bahasa Melayu atau boleh dikenali sebagai lingua franca juga dijadikan sebagai bahasa pengantar kepada sekolah Melayu di Tanah Melayu. Bagaimanapun, sistem pembelajaran pada masa kini telah meliputi dengan sama taraf serta bahasa pengantar yang digunakan terkini juga adalah dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

 Seterusnya, selain daripada aspek sistem pendidikan bagi mewujudkan masyarakat majmuk, mengadakan perayaan juga adalah salah satu ciri-ciri untuk mewujudkan masyarakat majmuk. Negara Malaysia memiliki pelbagai kaum dan etnik terutamanya di Sarawak seperti kaum Iban, Melanau, Melayu, Cina, Kelabit dan lain-lain tetapi secara keseluruhannya, rakyat Malaysia bermajoriti menyambut 4 perayaan umum di negara Malaysia seperti Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Krismas. Kerajaan Malaysia juga mengisytiharkan cuti perayaan umum pada tarikh yang ditetapkan untuk rakyat Malaysia walaupun majoriti rakyat Malaysia tidak menyambut perayaan tersebut. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga akan menyambut hari perayaan tersebut dengan mengadakan rumah terbuka pada setiap perayaan di seluruh negara Malaysia bagi mewujudkan perpaduan antara sesama kaum walaupun berlainan bangsa, budaya dan agama. Sikap bertolak-ansur juga perlu dipupuk dalam diri sendiri semasa bercampur dengan individu yang mempunyai kaum, budaya dan agama berbeza. Tanpanya sikap toleransi, perpaduan di negara Malaysia akan renggang dan perselisihan antara kaum juga akan berlaku kelak. Dengan itu, kita perlu menjaga budi bahasa kita terhadap orang lain “kerana mulut, badan binasa”.

Kebudayaan juga merupakan komponen-komponen terhadap masyarakat majmuk di negara Malaysia kerana negara kita begitu kaya dari segi makanan tradisional, pakaian tradisional dan permainan tradisional. Makanan tradisional seperti nasi lemak dan nasi kerabu juga harus dipamerkan kepada luar negara supaya orang luar dapat mengetahui tentang betapa istimewanya makanan tradisional kita kepada rakyat Malaysia. Bukan hanya dari segi keenakan makanan tradisional tersebut tetapi dari segi kita sebagai rakyat Malaysia, menarik perhatian tentang keistimewaan makanan kita kepada orang luar serta bangga dengan makanan buatan kita sendiri. Kita juga banyak memiliki pelbagai buatan tradisional tersendiri di negara kita. Selain itu, pakaian tradisional juga adalah salah satu keutamaan terhadap negara kita dari aspek cara pemakaiannya, fungsinya, dan adatnya juga. Lazimnya, masyarakat Cina dan India juga mengikuti amalan pemakaian tradisional semasa perayaan di Malaysia pada setiap tahun. Pemakaian tradisional juga tidak diwajibkan bagi semua pihak kerana ianya terpulang kepada individu sendiri sekiranya hendak memakainya pada hari perayaan. Kebudayaan diwujudkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

 Akhir sekali adalah agama yang menjadi faktor utama bagi kewujudan masyarakat majmuk. Amalan agama dan pengamalan rumah ibadat juga berbeza bagi setiap kaum di negara Malaysia seperti agama Hindu, agama Islam dan agama Kristian. Individu-individu yang mengamalkan agama juga membawa agama mereka ke kawasan petempatan yang sesuai umtuk beribadat. Bukan itu sahaja, mereka juga membangunkan rumah ibadat di kawasan penempatan masing-masing supaya memudahkan mereka untuk beribadat mengikut agama masing-masing tanpa adanya halangan. Terdapat juga orang India yang beragama Hindu, orang Melayu yang beragama Islam serta orang Iban yang beragama Kristian di negara kita, Malaysia. Selain itu, terdapat tiga perkara yang perlu kita teliti mengikut Perlembagaan Persekutuan yang telah dicatatkan dengan lebih terperinci iaitu agama Islam adalah agama Persekutuan dalam negara kita. Namun begitu, agama-agama yang lain juga dapat diamalkan seperti biasa, aman dan damai dalam negara agar tidak menghalang perpaduan kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Sumber rujukan: https://islamintel.blogspot.com/

https://thipasha.blogspot.com/2015/03/faktor-faktor-untuk-mewujudkan.html

 

CONTOH BUDAYA DAN BANGSA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA