CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

 



Seperti dalam konteks manusia, masyarakat boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang membentuk satu sistem, iaitu di mana kebanyakan perhubungan berlaku dalam sistem sosial dan lahir daripada seseorang dalam kumpulan tersebut. Bagi masyarakat majmuk, ia merujuk kepada masyarakat yang mempunyai pelbagai agama, bangsa, etnik dan adat resam. Namun, percampuran ini tidak bercampur dan wujud pembahagian pekerjaan mengikut etnik dan kaum dari segi ekonomi. Dianggarkan lebih 80 kaum terdapat di seluruh Malaysia dan daripada 80 kaum di Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, India dan Cina.

Hal ini berlaku kerana, bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk apabila kemasukan masyarakat Cina di Tanah Melayu yang menyebabkan bilangan pengaruh Cina yang semakin meningkat. Pada ketika itu, telah berlakunya perubahan corak dan sistem sosial Alam Melayu dan masyarakat setelah pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu. Kaum Baba dan Nyonya juga terbentuk melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu.

Imigran yang kedua setelah masyarakat Cina ialah masarakat India. Imigran India berhijrah masuk ke Tanah Melayu kerana negara  mereka dilanda kemiskinan dan juga kebuluran. Bilangan mereka pada ketika itu masih kecil namun bertambah setelah Inggeris berjaya menguasai negeri-negeri Melayu. Lahirnya kelompok iaitu dari keturunan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Chitty.

Oleh hal yang demikian. wujudnya sub-kategori penduduk berdarah campuran di Tanah Melayu apabila asimilasi bangsa turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dan penduduk tempatan. Sebagai contoh, kelompok Peranakan, kelompok Syed dan sebagainya

Sehingga ke hari ini, masyarakat majmuk masih lagi wujud dalam masyarakat Malaysia. Seperti yang dapat kita lihat sekarang, walaupun berlainan agama dan budaya, masyarakat Malaysia masih lagi mengekalkan perpaduan dalam institusi kemasyarakatan dengan menunjukkan sikap toleransi dan bertolak antara kaum.


Sarawak



Bagi masyarakat majmuk di Sarawak pula, terdapat 27 kumpulan etnik besar buat setakat ini yang dikemukakan di negeri Sarawak yang mempunyai cara hidup, bahasa dan budaya yang berbeza.

Etnik yang terdapat di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan. Antaranya ialah, penempatan di pesisiran pantai iaitu terdiri daripada orang Melayu dan Melanau. Manakala penempatan bagi orang Iban, Bidayuh dan Kenyah adalah di lembah sungai dan seterusnya penempatan di pedalaman ialah terdiri daripada orang Kelabit, Penan dan juga Murut.

Oleh disebabkan corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak, masyarakat di Sarawak kurang berhubung dengan orang luar. Oleh hal yang demikian, keadaan ini telah mendorong setiap etnik di Sarawak membentuk identiti kebudayaan masing-masing iaitu mengikut persekitarannya.

 

Sabah



Seterusnya, bagi negeri Sabah pula terdiri daripada 22 kumpulan pribumi yang berinteraksi  iaitu  lebih kurang 50 bahasa dan 80 dialek etnik. Antara etnik yang terbesar di Sabah yang telah membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk ialah etnik Kadazan-Dusun.  

 Terdapat beberapa suku kaum lain-lain iaitu termasuk suku kaum bumiputera seperti Bisaya, Melayu Brunei, Bugis, Kedayan, Lotud, Ludayeh, Rungus, Suluk, Minokak, Bonggi, Ida’an dan banyak lagi.

Untuk tambahan, kaum Cina juga merupakan kumpulan penduduk bukan alsi yang terbesar di Sabah. Kaum Cina telah menetap di Sabah sejak abad yang lalu. Kaum ini merupakan kumpulan yang terbesar dan juga kumpulan yang keempat setelah kaum Kadazandusun, Bajausama dan juga Murut.

Seperti negeri lain yang terdapat di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negeri Sabah. Namun demikian, terdapat juga pertuturan mereka yang menggunakan bahasa lain seperti bahasa Kadazan, Tombonuo, Sungai, Sama dan sebagainya.

 

 Rujukan:

https://www.academia.edu/30096365/TEORI_MASYARAKAT_MAJMUK

http://hadiftareh.blogspot.com/2012/07/latar-belakang-sarawak.html

https://www.sabah.gov.my/cms/?q=ms/content/rakyat-sejarah

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputera_di_Sabah