Kesan – kesan negatif terhadap Malaysia sekiranya peradaban
majmuk tidak diwujudkan ketika dahulu
Apakah itu perpaduan and mengapakah ianya penting untuk
dipupuk dalam diri individu masing-masing? Perpaduan yang diklarifikasikan sebagai
satu proses yang dibentuk bagi menyatupadukan masyarakat dan negara.
Relevansi-relevansi perpaduan dalam membentuk satu identiti dan nilai mengikut
satu tilikan kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Perpaduan juga penting dalam
kalangan masyarakat bagi membentuk sesuatu perpaduan negara seperti Malaysia
yang didiami oleh masyarakat pelbagai etnik dan kaum yang memiliki sifat yang
majmuk bagi mewujudkan kepincangan perleraian. Negara Malaysia merupakan negara
yang mempunyai pelbagai etnik, bangsa dan agama dan perpaduan bukanlah satu
penghalang untuk kita sebagai rakyat Malaysia dalam berusaha mewujudkan
sifat-sifat toleransi sesama diri kita. Dengan sifat yang dipupuk dalam diri,
kita sebagai rakyat Malaysia dapat menimbulkan suasana yang ceria, aman damai
dan harmoni agar tidak tercetusnya perselisihan faham antara sesama kaum dan
bangsa serta hubungan antara kaum tidak renggang dari generasi ke generasi yang
seterusnya. Generasi yang baru dapat mempertikaikan dalam menyelesaikan
kekangan-kekangan dengan bernas dan mudah. Itulah kelebihan-kelebihan sebagai
rakyat Malaysia. Bagi
negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, perpaduan kaum dan integrasi amat
penting. ‘integrasi’ didefinisikan dalam Kamus Dewan Edisi Empat sebagai
penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum seperti unsur, bahagian
dan lain-lain menjadi satu kesatuan dan penyatuan.
Persoalannya, apakah kesan buruk jika peradaban majmuk tidak
diwujudkan ketika dahulu? Kesan-kesan buruk tentang peradaban majmuk dapat
diselidik dari aspek sosial iaitu berkenaan dengan isu perkauman dan isu semasa
kini. Daripada isu-isu tersebut, kita dapat mengenalpasti kesan yang negatif sekiranya
peradaban majmuk tidak diwujudkan ketika dahulu.
Kesan-kesan buruk sekiranya peradaban majmuk tidak
diwujudkan adalah tercetusnya rusuhan antara kaum seperti peristiwa yang
berlaku pada 13 Mei 1969 yang menjadi salah satu catatan sejarah yang lusuh di
negara kita. Bukan itu sahaja, hubungan
antara kaum juga akan terjejas sekiranya tindakan luar batasan yang tidak
terkawal dan tidak dicegah dengan secepat mungkin. Iktibar-iktibar daripada
peristiwa tersebut dapat dicontohi dalam kalangan masyarakat untuk tidak
melakukan apa-apa tindakan yang dapat melumpuhkan perpaduan antara kaum. Dari
situ kita dapat bayangkan, apa yang akan berlaku sekiranya perpaduan kaum tidak
dipupuk. Peperangan, perompakan, penculikan dan pembunuhan akan berlaku
sekiranya masyarakat tidak berusaha untuk mencari jalan bagi memupuk perpaduan
dalam diri sendiri. Hal ini demikian kerana segelintir masyarakat yang tidak
berpuas hati dengan keputusan individu yang lain. Sikap prasangka antara kaum juga akan sentiasa
wujud dalam diri masyarakat. Sifat seperti saling mencurigai akan tertanam di
dalam hati masyarakat. Meskipun individu mencuba untuk melupakan dan membuang
tabiat yang buruk itu, perasaan ini payah untuk dihapuskan. Sekiranya sikap
prasangka dan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan
diri sendiri, keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud. Hal ini akan
menyebabkan negara sukar untuk dibentuk menjadi negara yang mencapai perpaduan.
Selain itu, kesan yang paling teruk dalam kalangan
masyarakat sekiranya peradaban majmuk tidak wujud dalam diri kita ialah
perubahan terhadap sikap anak-anak pada masa kini. Dengan ini, sifat-sifat
mereka akan menjadi kurang ajar dan tidak senonoh ketika bergaul dengan ibu
bapa atau individu yang berada disekeliling mereka. Mereka juga akan menjadi
sulit untuk berubah kerana dipengaruhi oleh rakan sebaya dan media sosial. Perkara
ini akan menjadikan mereka terbiasa dengan sikap mereka tersendiri dan enggan
untuk berubah kerana tidak pernah dididik oleh ibu bapa untuk menjadi seorang
anak yang berbudi bahasa dan beradab kepada semua masyarakat. Mungkin mendidik
anak-anak sukar dari segi pergaulan tetapi boleh juga mendidik mereka dengan
menjadi salah satu contoh suri tauladan yang baik bagi mereka. Bukan itu
sahaja, bersedia untuk mendengar luahan hati dan perasaan anak- anak juga
membantu mereka untuk bergaul dengan baik dan berbudi bahasa.
Di samping itu, kesan-kesan buruk sekiranya peradaban majmuk
tidak diwujudkan ketika dahulu adalah imej negara kita juga akan menjadi
merosot. Negara luar akan memandang rendah terhadap negara kita dan menganggap
negara kita sebagai negara yang tidak berkemampuan dalam membentuk perpaduan
dalam kalangan masyarakat. Misalnya, rusuhan dan konflik semasa akan sentiasa
berlaku dimana-mana sahaja tidak kira pada usia remaja atau dewasa kerana
“kunci” perpaduan itu dalam kalangan masyarakat telah rosak dan musnah. Tiada
“mangga” untuk menutup semula konflik-konflik tersebut. Selepas itu,
tersebarlah kejadian rusuhan tersebut di mata dunia. Pelancong dari luar negara
tidak berminat untuk melabur ke negara kita, Malaysia kerana peristiwa
tersebut. Hal
ini demikian kerana negara-negara
luar akan kurang mengeksport barangan mereka kepada Malaysia. Sekiranya
pengeksport dari luar negara berlabur dalm negara yang tidak stabil ekonominya,
mereka akan berasa was-was untuk mengambil risiko menghadapi kerugian. Di
samping itu, penerimaan ugutan dalam kalangan peniaga-peniaga juga akan
menyebabkan mereka menjadi kurang aktif dalam perniagaan mereka dan mungkin
juga tempat mereka melakukan aktiviti perniagaan berhampiran dengan kawasan
orang ramai berhimpun dan melakukan tunjuk perasaan. Peristiwa ini boleh dikaitkan dengan apa yang berlaku pada zaman Arab
Jahiliah semasa Masihi yang lama dahulu. Arab Jahiliah juga tercetusnya
peperangan antara masyarakat kerana ketidakadilan antara individu
masing-masing. Dengan itu, kita haruslah berusaha dalam menjaga tingkah laku
dan pergaulan kita dengan orang lain supaya individu yang lain tidak
tersinggung dengan pendapat kita.
SUMBER RUJUKAN :
https://eseispmstpm.blogspot.com/2014/07/perpaduan-kaum-di-malaysia.html
https://www.scribd.com/embeds/99491126/content?start_page=1&view_mode=scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf