Tidak Memahami Budaya dan Adat Resam Kaum Lain
Rakyat Malaysia rata-rata hidup dalam lingkungan budaya kaum sendiri sahaja. Mereka jarang bergaul dengan kaum-kaum yang lain. Justeru, kefahaman mereka terhadap budaya dan adat resam kaum-kaum lain menjadi dangkal. Kebanyakkan kaum di negara ini berasa lebih selesa dan selamat hidup dalam kelompok sendiri sahaja. Melayu akan berasa selesa dan selamat jika ada Melayu lain yang tinggal berhampiran dengannya, walaupun Melayu yang hampir dengannya itu bukan saudara-mara atau sahabat-handainya. Begitu juga perihalnya dengan Cina dan India, mempunyai rasa yang serupa. Apabila tiada interaksi antara kaum, maka akan rendahlah kefahaman sesuatu kaum itu terhadap budaya dan adat resam kaum-kaum yang lain. Mengapa perlunya kita memahami budaya dan adat resam kaum-kaum yang ada di negara kita ini? Jawapannya sudah pasti untuk mewujudkan sikap toleransi serta tolak ansur sesama kaum. Jika ditinjau taburan penduduk, terutamanya di kawasan bandar dan sub-bandar sekarang ini, ia telah berubah di mana sesuatu kawasan itu tidak lagi didiami oleh sesuatu kaum tertentu sahaja. Di setiap kawasan perumahan di bandar-bandar kita dapati wujud penduduk yang terdiri daripada kaum-kaum Melayu, Cina dan India, yang mendiaminya. Jika ditinjau dari segi peratusan penduduk di setiap kawasan perumahan, mungkin ada kaum yang menjadi majoriti dan minoriti, tetapi hakikatnya sekarang ini adalah sukar untuk mencari kawasan-kawasan perumahan yang hanya didiami oleh sesuatu kaum tertentu sahaja. Memang kita semua mengetahui beberapa budaya dan adat resam utama sesuatu kaum itu, misalnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bagi kaum Melayu-Islam, Gong Xi Fa Cai bagi kaum Cina, Deepavali dan Thaipusam bagi kaum India yang beragama Hindu, serta Krismas bagi penganut Kristian. Ini semua merupakan budaya dan adat resam utama kaum-kaum yang ada di Malaysia. Akan tetapi, apa yang perlu diberikan penekanan di sini bukan semata-mata pengetahuan, tetapi kefahaman. Terdapat perbezaan yang jelas di antara ‘mengetahui’ dan ‘memahami’. ‘Tahu’ tidak semestinya ‘faham’, dan ‘faham’ tidak akan wujud tanpa ‘tahu’ terlebih dahulu. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu memahami budaya dan adat resam kaum ini. Sekali lagi persoalan serupa ditimbulkan – mengapa kita perlu memahami budaya dan adat resam kaum lain di negara ini? Jawapannya ialah supaya kita menjadi lebih bertolak ansur sesama kaum dan lebih bertoleransi. Jika perkara ini berjaya diwujudkan dan dihayati serta diinsafi sepenuhnya, maka hasilnya ialah, tidak lain dan tidak bukan, perpaduan kaum yang jitu.
Proses Sosialisasi yang Terhad
Rakyat berbilang kaum di Malaysia terutama golongan muda dibesarkan dalam kepompong budaya dan persekitaran etnik yang berlainan. Mereka tidak bersosialisasi bersama. Apa itu proses sosialisasi? Menurut Ting Chew Peh, sosialisasi merupakan suatu proses sosial yang dilalui oleh seseorang individu dalam usaha untuk menjadi ahli sesuatu kelompok kaum dengan mempelajari budaya dan adat resam kelompok kaum itu, serta peranannya dalam kelompok kaum tersebut. Proses sosialisasi bermula sejak seseorang individu itu dilahirkan. Seseorang individu itu mempelajari dan menerima nilai-nilai, sikap, kemahiran dan peranan yang dapat membentuk personalitinya, dan seterusnya menyatukannya ke dalam kelompok kaum atau masyarakatnya. Sosialisasi adalah suatu proses sepanjang hayat yang dilalui oleh seseorang individu ( Chew Peh. T. 1979, 120). Terdapat sekurang-kurangnya dua agen utama dalam proses sosialisasi seseorang individu ibu bapa (keluarga) dan sekolah (termasuk juga kelompok sebaya atau peer group, kelab, persatuan). Agen pertama, iaitu ibu bapa (keluarga), yang juga dikenali sebagai sosialisasi primer (Chew Peh. T. 1979, 120) akan mengajar anak-anak mereka tentang sikap, kelakuan dan nilai-nilai yang baik, umpamanya tentang baik atau buruknya sesuatu perkara atau apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sosialisasi primer ini lebih bersifat emosi dan afektual (Chew Peh. T. 1979, 120). Agen kedua, iaitu sekolah, yang mana proses sosialisasinya dikenali sebagai sosialisasi sekunder (Chew Peh. T 1979, 120) merupakan proses bercampur-gaul dengan kelompok kaum (sama ada kelompok kaum yang sama dengan individu itu atau kelompok kaum lain) yang setara atau sebaya dengan pelajar itu. Dalam proses menjadi dewasa ini, seseorang pelajar atau individu itu akan melalui proses sosialisasi, mempelajari tugas-tugas, peranan, nilai-nilai, budaya dan kefahaman baru. Kedua- dua bentuk sosialisasi ini primer dan sekunder adalah amat penting bagi seseorang individu. Ia membolehkan seseorang individu itu mempelajari kebudayaan dan adat resam masyarakat atau kaumnya. sikap, kelakuan dan nilai-nilai yang baik, umpamanya tentang baik atau buruknya sesuatu perkara atau apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.Sosialisasi primer ini lebih bersifat emosi dan afektual (Chew Peh. T. 1979, 120). Agen kedua, iaitu sekolah, yang mana proses sosialisasinya dikenali sebagai sosialisasi sekunder (Chew Peh. T 1979, 120) merupakan proses bercampur-gaul dengan kelompok kaum (sama ada kelompok kaum yang sama dengan individu itu atau kelompok kaum lain) yang setara atau sebaya dengan pelajar itu. Dalam proses menjadi dewasa ini, seseorang pelajar atau individu itu akan melalui proses sosialisasi, mempelajari tugas-tugas, peranan, nilai-nilai, budaya dan kefahaman baru. Kedua-dua bentuk sosialisasi ini primer dan sekunder adalah amat penting bagi seseorang individu. Ia membolehkan seseorang individu itu mempelajari kebudayaan dan adat resam masyarakat atau kaumnya.Bagaimanakah proses sosialisasi ini menjadi rintangan ke arah perpaduan kaum di Malaysia? Rintangan ini terjadi disebabkan kaum-kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain dibesarkan dalam persekitaran kaum masing-masing sahaja. Perkara ini pada awal pembesaran seseorang individu itu mungkin suatu kemestian bagi setiap kaum untuk membolehkan anak-anak mereka mempelajari dan memahami nilai-nilai dan norma-norma masyarakat atau kaumnya, supaya identitinya sebagai Melayu, Cina atau India tetap kekal. Rasional proses sosialisasi primer ini amat mudah untuk difahami dan diterima. Ibu bapa Melayu pastilah akan membesarkan anak-anak mereka supaya menjadi Melayu bila dewasa kelak. Begitu juga perihalnya dengan ibu bapa Cina, India, dan lain-lain kaum yang terdapat di negara ini.
Rintangan Mentaliti
Sejarah hubungan kaum di Malaysia telah membuktikan wujudnya masalah antara kaum. Salah satu daripada bentuk rintangan ke arah perpaduan kaum di Malaysia ini ialah rintangan mentaliti. Rintangan ini lebih bersifat psikologi, iaitu perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan persepsi dan tingkah laku yang mempunyai hubung kait dengan jiwa dan minda. Persepsi merupakan suatu tanggapan yang mana dalam beberapa keadaan, ia tidak menggambarkan hakikat atau keadaan sebenar tentang sesuatu perkara.Dalam konteks hubungan kaum di Malaysia, persepsi satu kaum yang tidak tepat atau salah terhadap satu kaum yang lain boleh menjejaskan hubungan dan perpaduan antara kaum. Pembentukan persepsi yang tidak tepat atau salah ini perlu dijauhi, jika perselisihan faham antara kaum ingin dielakkan.Ini kerana persepsi tidak tepat atau salah yang terbina di dalam minda dan jiwa satu kaum itu terhadap satu kaum yang lain akan diterjemahkan pula melalui tindakan atau tingkah laku. Jika kita bertindak dan bertingkah laku hasil daripada dorongan persepsi kita yang tidak tepat atau salah itu, maka perselisihan faham antara kaum boleh berlaku, dan ini akan membawa kepada masalah yang lebih besar. Antara rintangan mentaliti yang didapati wujud di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini ialah stereotaip, prasangka (prejudis), diskriminasi dan etnosentrisme. Rintangan mentaliti ini biasanya bermula di peringkat individu dan ia saling kait-mengait antara satu sama lain. Apabila ramai individu dalam satu kelompok kaum itu berfikiran atau bertanggapan serupa (sama ada tanggapan atau pemikiran itu benar atau sebaliknya) maka ia akan bertukar menjadi prasangka (prejudis), seterusnya menjadi diskriminasi dan merebak menjadi etnosentrisme.
Prasangka (prejudis)
Kaum-kaum di Malaysia telah didapati berprasangka atau prejudis antara satu sama lain. Prasangka ialah pernyataan, pandangan, pendapat atau tanggapan yang dilemparkan oleh sesuatu kaum itu terhadap sesuatu kaum yang lain tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh. Prasangka merupakan suatu sikap (biasanya negatif) terhadap individu atau kelompok kaum kerana ciri-ciri tertentu seperti ras (bangsa atau kaum), jantina, agama, pekerjaan dan kelas sosial. Prasangka biasanya bersifat prejudgment, iaitu sikap yang terbentuk sebelum mengetahui fakta-fakta yang sebenarnya. Sikap ini tidak berubah walaupun individu atau kaum itu telah didedahkan dengan pengetahuan dan bukti-bukti baru (Chew Peh. T 1979, 104). Prasangka merupakan suatu keadaan pemikiran.Prasangka atau prejudis ini memberikan beberapa kesan sosial. Ia dapat membangkitkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Seseorang individu yang berprasangka negatif terhadap satu kaum akan bercakap dengan rakan-rakannya (dari kaum yang sama) tentang prasangkanya itu dan cuba mengelak daripada bertemu atau berhubung dengan kelompok kaum yang dia berprasangka itu. Prasangka boleh mencetuskan konflik, dan ia akan menjurus kepada timbulnya perasaan tidak puas hati satu kaum terhadap satu kaum yang lain. Prasangka membolehkan seseorang individu atau satu kelompok kaum itu melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap individu atau kaum lain jika berlaku sebarang kesilapan pada diri individu atau kaum tersebut (Roucek dan Warren 1986, 168). Prasangka juga berpotensi mewujudkan rintangan mentaliti yang lebih besar, iaitu diskriminasi (mengasingkan kumpulan atau kaum tertentu dari segi pendidikan, perumahan, pekerjaan, dan sebagainya) (Chew Peh, T. 1979, 104) . Diskriminasi pula boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara. Nyatalah di sini bahawa faktor utama yang menyebabkan timbulnya prasangka ialah pandangan dan tanggapan yang tidak benar tentang sesuatu kaum itu. Dari manakah datangnya prasangka ini? Ia mungkin diwarisi daripada generasi terdahulu (Ahmad 2006, 117) yang tidak dikawal dan dihapuskan, lalu disampaikan kepada generasi seterusnya, menyebabkan wujudnya perasaan tidak senang atau benci serta saling tidak mempercayai antara satu kaum dengan satu kaum yang lain di negara ini.
HARAPAN
Menggalas cabaran-cabaran yang telah digariskan di atas terutama dibahu para belia sesungguhnya mendorong setiap pihak untuk sama-sama membantu bagi memastikan konsep yang diutarakan ini dapat dicapai objektifnya dengan berkesan. Belia sebagai pewaris harapan bangsa dan negara di dekad-dekad mendatang sewajarnya didedahkan dengan pena sejarah bagi memberikan erti dan kewajaran terhadap pentingnya kejayaan ditinta dalam mencanai konsep 1Malaysia. Di bahu belialah harapan yang menggunung tertancap dalam memastikan agar konsep ini tidak hanya tinggal cantik di atas kertas atau sekadar menjadi retorik politik semata.
RUJUKAN : http://iyres.gov.my/images/MJYS/2010/MJYS%20Vol%202%20Edisi%20Khas%202010-54-77.pdf