Faktor-faktor
bagi mewujudkan masyarakat majmuk
Sebelum
kita mengetahui dengan lebih dalam lagi tentang faktor-faktor bagi masyarakat
majmuk, marilah kita menyusur dulu tentang makna masyarakat majmuk. Daripada definisi
tersebut, kita akan lebih mengetahui tentang fungsi-fungsi terhadap masyarakat
majmuk. Masyarakat majmuk yang bermaksud masyarakat yang memiliki kandungan
dalam beberapa kumpulan etnik yang hidup secara bersama-sama dan bercampur serta
tinggal dalam satu unit politik yang setara meskipun hidup berasingan dan tidak
bersatu padu serta memiliki budaya yang tersendiri. Kewujudan pemprosesan dan
cara kedatangan terhadap masyarakat majmuk adalah secara indenture,
kontrak, kangany dan akhir sekali bebas.
Faktor-faktor
untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang paling utama merupakan sistem pendidikan
kerana setiap dalam kalangan masyarakat memiliki sistem pendidikan tersendiri.
Dengan itu, sistem pendidikan dikukuhkan dengan lebih lanjut tentang sifat
kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu iaitu salah satu
masyarakat peribumi atau bumiputera mendapatkan pendidikan berlandaskan agama
masing-masing seperti agama Islam di sekolah pondok sebelum era kemerdekaan. Selain
itu, sekolah-sekolah Melayu juga telah dibangunkan oleh pemerintah British
semasa penjajahan mereka pada ketika dahulu. Bukan itu sahaja, kualiti terhadap
sistem pendidikan di Tanah Melayu juga tidak memuaskan kerana guru tempatan
hanya mengajar murid-murid dalam membaca, menulis dan mengira. Selain daripada
itu, pendidikan orang Cina berdasarkan negara China serta mereka juga
menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Buku-buku, sukatan pelajaran
serta guru-guru juga digunakan dan dibawa dari China untuk memudahkan
murid-murid untuk belajar bahasa Cina. Di samping itu, orang India juga
diberikan kemudahan untuk menimba ilmu di sekolah-sekolah Tamil yang telah
ditubuhkan di kawasan ladang bagi memberikan pengetahuan secara asas kepada
orang India. Bukan itu sahaja, matapelajaran juga diajar berlandaskan negara
India. Kedua-dua sekolah Cina dan Tamil dibina dan diwujudkan dengan sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) serta sekolah menengah supaya sistem
pendidikan di Tanah Melayu sentiasa berjalan dengan lancer dan mengelakkan
daripada perselisihan faham antara kedua-dua kaum. Selain bahasa Cina dan
bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar kepada kedua-kedua sekolah, bahasa Melayu
atau boleh dikenali sebagai lingua franca juga dijadikan sebagai bahasa
pengantar kepada sekolah Melayu di Tanah Melayu. Bagaimanapun, sistem
pembelajaran pada masa kini telah meliputi dengan sama taraf serta bahasa
pengantar yang digunakan terkini juga adalah dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris.
Seterusnya,
selain daripada aspek sistem pendidikan bagi mewujudkan masyarakat majmuk,
mengadakan perayaan juga adalah salah satu ciri-ciri untuk mewujudkan
masyarakat majmuk. Negara Malaysia memiliki pelbagai kaum dan etnik terutamanya
di Sarawak seperti kaum Iban, Melanau, Melayu, Cina, Kelabit dan lain-lain
tetapi secara keseluruhannya, rakyat Malaysia bermajoriti menyambut 4 perayaan
umum di negara Malaysia seperti Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Krismas. Kerajaan Malaysia juga mengisytiharkan cuti
perayaan umum pada tarikh yang ditetapkan untuk rakyat Malaysia walaupun
majoriti rakyat Malaysia tidak menyambut perayaan tersebut. Bukan itu sahaja, rakyat
Malaysia juga akan menyambut hari perayaan tersebut dengan mengadakan rumah terbuka
pada setiap perayaan di seluruh negara Malaysia bagi mewujudkan perpaduan
antara sesama kaum walaupun berlainan bangsa, budaya dan agama. Sikap
bertolak-ansur juga perlu dipupuk dalam diri sendiri semasa bercampur dengan
individu yang mempunyai kaum, budaya dan agama berbeza. Tanpanya sikap
toleransi, perpaduan di negara Malaysia akan renggang dan perselisihan antara
kaum juga akan berlaku kelak. Dengan itu, kita perlu menjaga budi bahasa kita
terhadap orang lain “kerana mulut, badan binasa”.
Kebudayaan
juga merupakan komponen-komponen terhadap masyarakat majmuk di negara Malaysia
kerana negara kita begitu kaya dari segi makanan tradisional, pakaian
tradisional dan permainan tradisional. Makanan tradisional seperti nasi lemak
dan nasi kerabu juga harus dipamerkan kepada luar negara supaya orang luar
dapat mengetahui tentang betapa istimewanya makanan tradisional kita kepada
rakyat Malaysia. Bukan hanya dari segi keenakan makanan tradisional tersebut
tetapi dari segi kita sebagai rakyat Malaysia, menarik perhatian tentang
keistimewaan makanan kita kepada orang luar serta bangga dengan makanan buatan
kita sendiri. Kita juga banyak memiliki pelbagai buatan tradisional tersendiri
di negara kita. Selain itu, pakaian tradisional juga adalah salah satu keutamaan
terhadap negara kita dari aspek cara pemakaiannya, fungsinya, dan adatnya juga.
Lazimnya, masyarakat Cina dan India juga mengikuti amalan pemakaian tradisional
semasa perayaan di Malaysia pada setiap tahun. Pemakaian tradisional juga tidak
diwajibkan bagi semua pihak kerana ianya terpulang kepada individu sendiri
sekiranya hendak memakainya pada hari perayaan. Kebudayaan diwujudkan untuk
mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Akhir
sekali adalah agama yang menjadi faktor utama bagi kewujudan masyarakat majmuk.
Amalan agama dan pengamalan rumah ibadat juga berbeza bagi setiap kaum di
negara Malaysia seperti agama Hindu, agama Islam dan agama Kristian.
Individu-individu yang mengamalkan agama juga membawa agama mereka ke kawasan
petempatan yang sesuai umtuk beribadat. Bukan itu sahaja, mereka juga
membangunkan rumah ibadat di kawasan penempatan masing-masing supaya memudahkan
mereka untuk beribadat mengikut agama masing-masing tanpa adanya halangan. Terdapat
juga orang India yang beragama Hindu, orang Melayu yang beragama Islam serta
orang Iban yang beragama Kristian di negara kita, Malaysia. Selain itu,
terdapat tiga perkara yang perlu kita teliti mengikut Perlembagaan Persekutuan
yang telah dicatatkan dengan lebih terperinci iaitu agama Islam adalah agama
Persekutuan dalam negara kita. Namun begitu, agama-agama yang lain juga dapat
diamalkan seperti biasa, aman dan damai dalam negara agar tidak menghalang
perpaduan kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
Sumber rujukan: https://islamintel.blogspot.com/
https://thipasha.blogspot.com/2015/03/faktor-faktor-untuk-mewujudkan.html
CONTOH BUDAYA DAN BANGSA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA