Saturday, November 20, 2021

CABARAN MEMBENTUK MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA DENGAN PELBAGAI JENIS BANGSA DAN AGAMA

Tidak Memahami Budaya dan Adat Resam Kaum Lain

Rakyat Malaysia rata-rata hidup dalam lingkungan budaya kaum sendiri sahaja.  Mereka  jarang  bergaul  dengan  kaum-kaum  yang  lain.  Justeru, kefahaman  mereka  terhadap  budaya  dan  adat  resam  kaum-kaum  lain menjadi dangkal. Kebanyakkan kaum di negara ini berasa lebih selesa dan selamat hidup dalam kelompok sendiri sahaja. Melayu akan berasa selesa dan  selamat  jika  ada  Melayu  lain  yang  tinggal  berhampiran  dengannya, walaupun Melayu yang hampir dengannya itu bukan saudara-mara atau  sahabat-handainya.  Begitu  juga  perihalnya  dengan  Cina  dan  India, mempunyai rasa yang serupa. Apabila tiada interaksi antara kaum, maka akan  rendahlah  kefahaman  sesuatu  kaum  itu  terhadap  budaya  dan  adat resam kaum-kaum yang lain. Mengapa perlunya kita memahami budaya dan adat resam kaum-kaum yang ada di negara kita ini? Jawapannya sudah pasti untuk mewujudkan sikap  toleransi  serta  tolak  ansur  sesama  kaum.  Jika  ditinjau  taburan penduduk, terutamanya di kawasan bandar dan sub-bandar sekarang ini, ia telah berubah di mana sesuatu kawasan itu tidak lagi didiami oleh sesuatu kaum tertentu sahaja. Di setiap kawasan perumahan di bandar-bandar kita dapati  wujud  penduduk  yang  terdiri  daripada  kaum-kaum  Melayu,  Cina dan India, yang mendiaminya. Jika ditinjau dari segi peratusan penduduk di setiap kawasan perumahan, mungkin ada kaum yang menjadi majoriti dan  minoriti,  tetapi  hakikatnya  sekarang  ini  adalah  sukar  untuk  mencari kawasan-kawasan  perumahan  yang  hanya  didiami  oleh  sesuatu  kaum tertentu sahaja. Memang  kita  semua  mengetahui  beberapa  budaya  dan  adat  resam utama sesuatu kaum itu, misalnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bagi kaum  Melayu-Islam,  Gong  Xi  Fa  Cai  bagi  kaum  Cina,  Deepavali  dan Thaipusam  bagi  kaum  India  yang  beragama  Hindu,  serta  Krismas  bagi penganut  Kristian.  Ini  semua  merupakan  budaya  dan  adat  resam  utama kaum-kaum yang ada di Malaysia. Akan tetapi, apa yang perlu diberikan penekanan  di  sini  bukan  semata-mata  pengetahuan,  tetapi  kefahaman. Terdapat  perbezaan  yang  jelas  di  antara  ‘mengetahui’  dan  ‘memahami’. ‘Tahu’  tidak  semestinya  ‘faham’,  dan  ‘faham’  tidak  akan  wujud  tanpa ‘tahu’ terlebih dahulu. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu memahami budaya dan adat resam kaum ini. Sekali lagi persoalan serupa  ditimbulkan    mengapa  kita  perlu  memahami  budaya  dan  adat resam  kaum  lain  di  negara  ini?  Jawapannya  ialah  supaya  kita  menjadi lebih bertolak ansur sesama kaum dan lebih bertoleransi. Jika perkara ini berjaya diwujudkan dan dihayati serta diinsafi sepenuhnya, maka hasilnya ialah, tidak lain dan tidak bukan, perpaduan kaum yang jitu.

Proses Sosialisasi yang Terhad

Rakyat berbilang kaum di Malaysia terutama golongan muda dibesarkan dalam kepompong budaya dan persekitaran etnik yang berlainan. Mereka tidak  bersosialisasi  bersama.  Apa  itu  proses  sosialisasi?  Menurut  Ting Chew  Peh,  sosialisasi  merupakan  suatu  proses  sosial  yang  dilalui  oleh seseorang  individu  dalam  usaha  untuk  menjadi  ahli  sesuatu  kelompok kaum  dengan  mempelajari  budaya  dan  adat  resam  kelompok  kaum  itu, serta peranannya dalam kelompok kaum tersebut. Proses sosialisasi bermula  sejak  seseorang  individu  itu  dilahirkan.  Seseorang  individu  itu mempelajari  dan  menerima  nilai-nilai,  sikap,  kemahiran  dan  peranan yang  dapat  membentuk  personalitinya,  dan  seterusnya  menyatukannya ke  dalam  kelompok  kaum  atau  masyarakatnya.  Sosialisasi  adalah  suatu proses sepanjang hayat yang dilalui oleh seseorang individu ( Chew Peh. T. 1979, 120). Terdapat sekurang-kurangnya dua agen utama dalam proses sosialisasi seseorang individu ibu bapa (keluarga) dan sekolah (termasuk juga kelompok sebaya atau peer group, kelab, persatuan). Agen pertama, iaitu  ibu  bapa  (keluarga),  yang  juga  dikenali  sebagai  sosialisasi  primer (Chew  Peh.  T.  1979,  120)  akan  mengajar  anak-anak  mereka  tentang sikap,  kelakuan  dan  nilai-nilai  yang  baik,  umpamanya  tentang  baik  atau buruknya sesuatu perkara atau apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sosialisasi  primer  ini  lebih  bersifat  emosi  dan  afektual  (Chew  Peh.  T. 1979,  120). Agen  kedua,  iaitu  sekolah,  yang  mana  proses  sosialisasinya dikenali sebagai sosialisasi sekunder (Chew Peh. T 1979, 120) merupakan proses bercampur-gaul dengan kelompok kaum (sama ada kelompok kaum yang sama dengan individu itu atau kelompok kaum lain) yang setara atau sebaya  dengan  pelajar  itu.  Dalam  proses  menjadi  dewasa  ini,  seseorang pelajar  atau  individu  itu  akan  melalui  proses  sosialisasi,  mempelajari tugas-tugas,  peranan,  nilai-nilai,  budaya  dan  kefahaman  baru.  Kedua- dua bentuk sosialisasi ini primer dan sekunder adalah amat penting bagi seseorang individu. Ia membolehkan seseorang individu itu mempelajari kebudayaan dan adat resam masyarakat atau kaumnya. sikap,  kelakuan  dan  nilai-nilai  yang  baik,  umpamanya  tentang  baik  atau buruknya sesuatu perkara atau apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.Sosialisasi  primer  ini  lebih  bersifat  emosi  dan  afektual  (Chew  Peh.  T. 1979,  120). Agen  kedua,  iaitu  sekolah,  yang  mana  proses  sosialisasinya dikenali sebagai sosialisasi sekunder (Chew Peh. T 1979, 120) merupakan proses bercampur-gaul dengan kelompok kaum (sama ada kelompok kaum yang sama dengan individu itu atau kelompok kaum lain) yang setara atau sebaya  dengan  pelajar  itu.  Dalam  proses  menjadi  dewasa  ini,  seseorang pelajar  atau  individu  itu  akan  melalui  proses  sosialisasi,  mempelajari tugas-tugas,  peranan,  nilai-nilai,  budaya  dan  kefahaman  baru.  Kedua-dua bentuk sosialisasi ini primer dan sekunder adalah amat penting bagi seseorang individu. Ia membolehkan seseorang individu itu mempelajari kebudayaan dan adat resam masyarakat atau kaumnya.Bagaimanakah proses sosialisasi ini menjadi rintangan ke arah perpaduan  kaum  di  Malaysia?  Rintangan  ini  terjadi  disebabkan  kaum-kaum  Melayu,  Cina,  India  dan  lain-lain  dibesarkan  dalam  persekitaran kaum masing-masing sahaja. Perkara ini pada awal pembesaran seseorang individu itu mungkin suatu kemestian bagi setiap kaum untuk membolehkan anak-anak  mereka  mempelajari  dan  memahami  nilai-nilai  dan  norma-norma masyarakat atau kaumnya, supaya identitinya sebagai Melayu, Cina atau  India  tetap  kekal.  Rasional  proses  sosialisasi  primer  ini  amat  mudah untuk difahami dan diterima. Ibu bapa Melayu pastilah akan membesarkan anak-anak mereka supaya menjadi Melayu bila dewasa kelak. Begitu juga perihalnya dengan ibu bapa Cina, India, dan lain-lain kaum yang terdapat di negara ini.

Rintangan Mentaliti

Sejarah  hubungan  kaum  di  Malaysia  telah  membuktikan  wujudnya masalah antara kaum. Salah satu daripada bentuk rintangan ke arah perpaduan kaum di Malaysia ini ialah rintangan mentaliti. Rintangan ini lebih bersifat psikologi, iaitu perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan persepsi dan tingkah laku yang mempunyai hubung kait dengan jiwa dan minda. Persepsi merupakan  suatu  tanggapan  yang  mana  dalam  beberapa  keadaan,  ia  tidak menggambarkan  hakikat  atau  keadaan  sebenar  tentang  sesuatu  perkara.Dalam konteks hubungan kaum di Malaysia, persepsi satu kaum yang tidak tepat atau salah terhadap satu kaum yang lain boleh menjejaskan hubungan dan  perpaduan  antara  kaum.  Pembentukan  persepsi  yang  tidak  tepat  atau salah ini perlu dijauhi, jika perselisihan faham antara kaum ingin dielakkan.Ini kerana persepsi tidak tepat atau salah yang terbina di dalam minda dan jiwa satu kaum itu terhadap satu kaum yang lain akan diterjemahkan pula melalui tindakan atau tingkah laku. Jika kita bertindak dan bertingkah laku hasil daripada dorongan persepsi kita yang tidak tepat atau salah itu, maka perselisihan  faham  antara  kaum  boleh  berlaku,  dan  ini  akan  membawa kepada masalah yang lebih besar. Antara rintangan mentaliti yang didapati wujud di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini ialah stereotaip, prasangka  (prejudis),  diskriminasi  dan  etnosentrisme.  Rintangan  mentaliti ini biasanya bermula di peringkat individu dan ia saling kait-mengait antara satu  sama  lain.  Apabila  ramai  individu  dalam  satu  kelompok  kaum  itu berfikiran atau bertanggapan serupa (sama ada tanggapan atau pemikiran itu benar atau sebaliknya) maka ia akan bertukar menjadi prasangka (prejudis), seterusnya menjadi diskriminasi dan merebak menjadi etnosentrisme.

Prasangka (prejudis)

Kaum-kaum  di  Malaysia  telah  didapati  berprasangka  atau  prejudis antara  satu  sama  lain.  Prasangka  ialah  pernyataan,  pandangan,  pendapat atau tanggapan yang dilemparkan oleh sesuatu kaum itu terhadap sesuatu kaum  yang  lain  tanpa  usul  periksa  dan  bukti  yang  kukuh.  Prasangka merupakan suatu sikap (biasanya negatif) terhadap individu atau kelompok  kaum  kerana  ciri-ciri  tertentu  seperti  ras  (bangsa  atau  kaum), jantina,  agama,  pekerjaan  dan  kelas  sosial.  Prasangka  biasanya  bersifat prejudgment, iaitu sikap yang terbentuk sebelum mengetahui fakta-fakta yang sebenarnya. Sikap ini tidak berubah walaupun individu atau kaum itu telah didedahkan dengan pengetahuan dan bukti-bukti baru (Chew Peh. T 1979, 104). Prasangka merupakan suatu keadaan pemikiran.Prasangka atau prejudis ini memberikan beberapa kesan sosial. Ia dapat membangkitkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat berbilang  kaum  di  negara  ini.  Seseorang  individu  yang  berprasangka negatif  terhadap  satu  kaum  akan  bercakap  dengan  rakan-rakannya  (dari kaum yang sama) tentang prasangkanya itu dan cuba mengelak daripada bertemu  atau  berhubung  dengan  kelompok  kaum  yang  dia  berprasangka itu. Prasangka boleh mencetuskan konflik, dan ia akan menjurus kepada timbulnya  perasaan  tidak  puas  hati  satu  kaum  terhadap  satu  kaum  yang lain.  Prasangka  membolehkan  seseorang  individu  atau  satu  kelompok kaum  itu  melemparkan  tuduhan-tuduhan  terhadap  individu  atau  kaum lain jika berlaku sebarang kesilapan pada diri individu atau kaum tersebut (Roucek dan Warren 1986, 168). Prasangka juga berpotensi mewujudkan rintangan  mentaliti  yang  lebih  besar,  iaitu  diskriminasi  (mengasingkan kumpulan atau kaum tertentu dari segi pendidikan, perumahan, pekerjaan, dan  sebagainya)  (Chew  Peh,  T.  1979,  104)  .  Diskriminasi  pula  boleh mencetuskan  kekacauan  dan  ketidakstabilan  politik,  ekonomi  dan  sosial dalam negara. Nyatalah di sini bahawa faktor utama yang menyebabkan timbulnya prasangka ialah pandangan dan tanggapan yang tidak benar tentang sesuatu kaum  itu.  Dari  manakah  datangnya  prasangka  ini?  Ia  mungkin  diwarisi daripada  generasi  terdahulu  (Ahmad  2006,  117)  yang  tidak  dikawal  dan dihapuskan, lalu disampaikan kepada generasi seterusnya, menyebabkan wujudnya perasaan tidak senang atau benci serta saling tidak mempercayai antara satu kaum dengan satu kaum yang lain di negara ini.

HARAPAN

Menggalas  cabaran-cabaran  yang  telah  digariskan  di  atas  terutama dibahu para belia sesungguhnya mendorong setiap pihak untuk sama-sama membantu  bagi  memastikan  konsep  yang  diutarakan  ini  dapat  dicapai objektifnya dengan berkesan. Belia sebagai pewaris harapan bangsa dan negara  di  dekad-dekad  mendatang  sewajarnya  didedahkan  dengan  pena sejarah bagi memberikan erti dan kewajaran terhadap pentingnya kejayaan ditinta dalam mencanai konsep 1Malaysia. Di bahu belialah harapan yang menggunung  tertancap  dalam  memastikan  agar  konsep  ini  tidak  hanya tinggal cantik di atas kertas atau sekadar menjadi retorik politik semata.

RUJUKAN : http://iyres.gov.my/images/MJYS/2010/MJYS%20Vol%202%20Edisi%20Khas%202010-54-77.pdf

Jadi pembina jambatan etnik pupuk keharmonian kaum
 
Perpaduan hadiah tidak ternilai yang perlu dikekalkan semua rakyat dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. Setiap warga Malaysia yang cintakan keamanan mestilah memberikan komitmen sepenuhnya terhadap keharmonian dan perpaduan. Usaha bersungguh-sungguh perlu untuk memupuk budaya yang membawa keamanan, keharmonian dan perpaduan. Perpaduan dan keharmonian dua perkara amat diperlukan di serata dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Untuk memastikannya, lebih banyak aktiviti membabitkan semua kaum pada peringkat akar umbi harus diwujudkan. Banyak diperkatakan mengenai perpaduan nasional, tetapi masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan dan mengekalkan perhubungan erat antara rakyat berbilang kaum. Ia proses berterusan dan perlu diberikan keutamaan paling tinggi. Menuju sambutan ulang tahun ke-64 kemerdekaan tahun ini, seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian diseru mengukuhkan perpaduan. Rasa perpaduan dalam diri harus sentiasa disemai dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Semangat kemerdekaan perlu sentiasa hidup dalam jiwa rakyat Malaysia. Jiwa merdeka dan cintakan keamanan akan mewujudkan masyarakat majmuk yang boleh hidup bersama dengan mengetepikan pelbagai perbezaan dan ideologi politik.Rakyat Malaysia perlu mengekalkan semangat perpaduan dan muhibah serta patriotisme bukan sahaja ketika merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September ini. Perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya adalah cabaran terbesar negara pada tahun mendatang. Ia kunci utama kelangsungan hidup kita sebagai sebuah negara. Amat dikesalkan jika ada sesiapa yang membuat kenyataan panas dan provokatif yang boleh membawa kepada konflik dan ketegangan serius sekali gus menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan negara. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotik, menjadi kewajipan mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan provokasi dan keganasan. Apa yang Malaysia perlukan hari ini bukan wira etnik, tetapi pembina jambatan etnik dan duta kedamaian yang membantu memupuk semangat muhibah, saling menghormati dan keharmonian. Setiap orang mempunyai peranan masing-masing untuk menyatukan Malaysia berdasarkan nilai murni diajar semua agama dan kaum dan bukannya mengamalkan dan mengeksploitasi sentimen etnik. Adakah kita sanggup melihat perpaduan dibina selama ini dimusnahkan sikap perkauman dan tidak menghormati agama orang lain. Keharmonian kaum dan semangat muhibah harus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia pelbagai kaum.Semangat muhibah terhasil apabila rakyat daripada etnik dan agama berbeza saling menghormati satu sama lain dan sentiasa berhati-hati, serta menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum. 
 
Harmonikan hubungan masyarakat pelbagai kaum
ISU berkaitan hubungan pelbagai bangsa, agama dan budaya di negara ini seperti pengenalan tulisan
Jawi dan ucapan sempena sambutan perayaan sedikit sebanyak mencerminkan betapa pentingnya
usaha lebih serius serta konstruktif dalam mengurus masyarakat berbilang bangsa. Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama memang menjadi cabaran kepada kebanyakan negara khususnya dalam mengurus kemajmukan sosial itu. Cabaran itu wujud, terutama dalam aspek membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara kaum, agama serta budaya, sekali gus memerlukan pendekatan berhemah serta penuh rasa hormat. Sebagai negara moden yang melakar masa depan lebih dinamik dan berusaha memposisikan diri
sebagai negara maju, cabaran berterusan dalam arus globalisasi dan pasca kemodenan menjadi
realiti perlu ditangani sebaik mungkin. Ini termasuk ancaman pelbagai krisis berbentuk penindasan dari segi ekonomi, politik dan sosial serta isu berkaitan pencabulan hak kemanusiaan. Sekiranya tidak diatasi dengan baik dan berhemah, ia akan menjadi halangan kepada proses pembinaan keharmonian dan perpaduan rakyat.
Malaysia perlu dikenali bukan hanya makmur dari segi ekonomi dan pembangunan, malah menjadi
negara beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, sekali gus dapat bersama dalam
suasana aman serta hamoni. Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara. Ia memerlukan kerangka bersifat komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik mungkin wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia. Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka
perpaduan nasional ini. Nilai itu perlu digarap dengan menjadikan Islam sebagai kayu ukur utama mendukung agenda perpaduan nasional dalam konteks Malaysia. Selain melihat sifat Islam sebagai rahmatan lil alamin atau rahmah seluruh alam, ciri agama bersifat sejagat sebenarnya amat penting dalam memastikan
umat Islam kekal menerajui usaha baik ini. Sejujurnya, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, seharusnya bertunjangkan persefahaman, tolak ansur dan rasa hormat-menghormati.
Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititkeberatkan. Ini realiti harus difahami dan diterima semua pihak. Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara membolehkan masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni di samping mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai penganut agama dan mengamalkan budaya berbeza, sifat kebersamaan serta cintakan keharmonian dan keamanan perlu ada bagi merealisasikan matlamat perpaduan nasional. Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat. Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika
setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian. Hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan taruhan oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda peribadi atau kelompok tersendiri. Perlu ada belas kasihan kepada
rakyat yang inginkan keamanan dan kestabilan negara agar berpeluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan terjamin. Cukuplah kekacauan dan konflik di negara asing sebagai pengajaran kepada kita. Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menggalas kewajipan ini. Pemimpin pelbagai peringkat, terutama harus senada dalam merealisasikan agenda perpaduan negara. Persefahaman dalam kalangan pemimpin juga amat penting kerana melaluinya, rakyat akan dapat isyarat yang jelas mengharmonikan hubungan masyarakat berbilang bangsa dan budaya di negara ini adalah tanggungjawab semua warganegara. 
 
SUMBER RUJUKAN :  
RUJUKAN (Pembina jambatan) :
 https://www.bharian.com.my/rencana/minda pembaca/2021/08/855280/jadi-pembina-jambatan-etnik-pupuk-keharmonian-kaum
RUJUKAN (harmoni) :
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-hubungan
masyarakat-pelbagai-kaum