Saturday, November 20, 2021

LATAR BELAKANG MASYARAKAT YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

 Kaum Melayu



Kaum Melayu merupakan salah satu kaum yang utama dan merupakan mesyarakat yang terbesar di Malaysia. Orang Melayu juga telah ditakrifkan secara umum sebagai “Bangsa Melayu” dan penduduk asal di Tanah Melayu. Mereka bertutur dengan satu sama lain menggunakan bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan tradisi serta adat istiadat Melayu. Seterusnya, Dari segi pandangan sejarah rumpun Melayu ini meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu.Terdapat tiga kumpulan yang berbeza yang boleh dibahagikan dalam masyarakat Melayu di Malaysia.

Antaranya ialah Anak Jati iaitu merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Kumpulan ini merupakan satu daripada tiga kumpulan yang telah membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Namun, kumpulan ini juga merangkumi beberapa suku-suku pribumi seperti Orang Melayu Kedah, Orang Melayu Perak, Orang Melayu Kelang, Orang Melayu Kelantan, Orang Melayu Terengganu, Orang Melayu Beruas, Orang Melayu Kedayan, Orang Melayu Sarawak dan banyak lagi.

Kumpulan yang kedua ialah Anak Dagang iaitu merujuk kepada orang Melayu di Malaysia dimana nenek moyang mereka yang berasal dari Kepulauan Indonesia, Selatan Thailand dan sebagainya. Anak Dagang ini juga terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia iaitu kumpulan penduduk yang terdapat di Oceania dan juga Asia Tenggara. Terdapat berpuluh-puluh rumpun yang berbeza seperti Aceh, Bajau, Batak, Bugis, Champa, Jawa dan banyak lagi

Bagi kumpulan yang terakhir ialah Peranakan yang merupakan sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil daripada perkahwinan campur antara orang Melayu. Sebagai contoh, perkahwinan campur orang Melayu sama ada Anak Jati atau Anak Dagang dengan bangsa asing dari luar Asia Tenggara seperti Peranakan Arab, Peranakan Cina, Peranakan Turki, Peranakan Siam dan banyak lagi.


Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Melayu_Malaysia


Kaum Cina



Kaum utama yang kedua selepas kaum Melayu ialah kaum Cina. Kehadiran Cina di Tanah Melayu iaitu dengan bermula dengan perkembangnya Melaka iaitu sebagai pusat perdagangan dan seterusnya diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Dengan percubaan untuk mencari rezeki, mereka datang ke Asia Tenggara dan antaranya ialah Kepulauan Melayu. Kebanyakan mereka adalah keturunan pendatang berbangsa Han yang telah datang  ke Tanah Melayu iaitu semasa pemerintahan Dinasti Ming sekitar abad ke-15, Dinasti Qing dan juga Republik China.

Seterusnya kaum Cina di Malaysia ini juga terdiri daripada beberapa suku dialek. Antaranya ialah Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan dan Fuzhou yang merupakan enam suku dialek utama. Enam suku dialek tersebut telah membuktikan bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Klang dan kawasan pantai di Selangor serta Johor barat, Suku Hokkien telah membentuk suku dialek yang terbesar selain daripada masyarakat Cina Malaysia. Di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching, bahasa Hokkien juga dituturkan.

Seterusnya ialah Suku Hakka yang telah membentuk suka dialek yang terbesar di Sabah dan Sarawak serta bahagian-bahagaian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan juga Pahang. Malahan Pulau Pninag, Johor Bahru dan Perak juga didapati terdapat Suku Hakka iaitu dimana mereka berkemungkinan dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat berikut.

Suku dialek yang seterusnya ialah Suku Kantonis, iaitu telah membentuk suku dialek terbesar dan membentuk peratusan yang besar dalam populasi di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan juga Perak. Selain itu, Suku Kantonis di Johor Timur dan Sandakan, Sabah juga membentuk suku dialek terbesar. Pada tahun 1970-an dan 1980-an, Sandakan pernah bergelar “Hong Kong kecil”. Hal ini kerana, bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi pendatang dari Guangdong iaitu di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong.

Di samping itu, di beberapa bahagian tertentu iaitu di Pulau Pinang, kebanyakkan pulau-pulau di Sabah dan Johor Selatan tertutamanya Johor Bahru dan Pontian telah menumpukan Suku Teochew.

Namun bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina yang berada di Selatan Semenanjung Malaysia terutamanya Johor. Hal ini disebabkan oleh pengaruh media yang menggunakan bahasa Mandarin iaitu dari Singapura, serta pendidikan formal juga menggunakan bahasa Mandarin.

Selain itu, kebanyakan orang Cina di Malaysia telah dikategorikan sebagai penganut agama Buddha dan juga Taoism. Walaupun secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai budaya tradisional China, Buddha, Taoism dan penyembahan nenek namun terdapat minoriti masyarakat cina menganuti agama lain seperti agama Kristian, Islam, Hindu dan sebagainya.


 Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia

https://www.scribd.com/embeds/70154179/content?start_page=1&view_mode=scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf

 

Kaum India




Kaum India merupakan kaum utama yang ketiga di Malaysia. Semasa zaman penjajahan British pada ketika dahulu, kebanyakan pandatang berasal dari Selatan India yang berbahasa Tamil datang ke Malaysia. Kedatangan kaum India ke Malaysia telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk.

Semasa Kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka dijajah oleh orang Portugal dan Belanda kumpulan-kumpulan se[erti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrahan. Sejak dekad 1870-an dan pertumbuhannya ekonomi perladangan getah yang kemudia, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul perluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat.

Dengan kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilangannya, terdapat tiga kumpulan etnik. Etnik yang pertama ialah merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu iaitu Chettier Tamil. Etnik yang seterusnya ialah merupakan pemborong, iaitu orang Muslim India yang merupakan orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil Nadu. Seterusnya, Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang-bidang profesional merupakan kumpulan etnik yang ketiga.

Kaum India di Malaysia kebanyakannya beragam Hindu, namun terdapat juga orang India yang beragama Kristian dan juga Islam. Bagi komuni Punjabi pula, mereka beragama Sikh. 


Rujukan:

https://www.academia.edu/8783104/Latar_belakang_kaum_India

https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia

 

Kaum Bidayuh



Dalam istilah Bidayuh, ‘Bi’ membawa maksud ‘orang’ manakala ‘Dayuh’ pula bermaksud ‘Darat’. Oleh hal yang demikian, Bidayuh bermaksud ‘Orang Darat’. Orang Eropah pada masa dahulu untuk membezakan mereka daripada masyarakat Iban (Dayak Laut), Bidayuh dikenali sebagai Dayak Darat. Hal ini kerana perkataan ‘Laut’ bagi Dayak Laut digunakan kerana mereka mahir dalam menggunakan perahu walaupun tinggal di pedalaman namun, orang Bidayuh tidak mempunyai kemahiran menggunakan perahu semasa kedatangan Eropah.

Masyarakat yang disebut Bidayuh ini juga, menurut legenda, dari Sungkong di Kalimantan Indonesia mereka telah datang ke Sarawak kira-kira dua puluh generasi sebelum berlakunya ledakan Gunung Krakatoa. Mereka telah menetap di kawasan gunung iaitu Gunung Penrissen atau boleh digelar sebagai Borneo Heights. Masyarakat Bidayuh yang awal ini juga berkemungkinan pernah tinggal di sekitar kawasan yang sekarang telah menjadi Bandaraya Kuching. Namun demikian, pada tahun-tahun kemudian, untuk mencari perlindungan, perompak-perompak dan lanun dari Laut Sulu telah datang dan memaksa mereka berhijrah semakin jauh ke pedalaman. Oleh disebabkan penempatan mereka pada ketika itu lah mereka telah digelar sebagai Dayak Darat.

Seterusnya, Suku Bisadong, suku Bisingai, suku Biatah, suku Bibukar, suku Bijagoi dan Dayak Selako atau rara merupakan enam suku utama yang banyak dikenali di negeri Sarawak.

Suku Bisadong ini merupakan suku yang tinggal di sepanjang Batang Sadong dan anak-anak sungainya yang terdapat di bahagian Gunung Sadong di Daerah Serian iaitu Sungai Suhu, Sungai Batang Kayan, Sungai Robin dan juga Sungai Kedup. Selain itu, sebagai Bidayuh Sadong, mereka telah menamai diri mereka sebagai Bisadong.

Seterusnya, bagi Suku Bijagoi pula berasal dari Gunung Bratak iaitu merupakan penempatan terawal Bidayu setelah berpindah dari Sungkung, Kalimantan Barat, Indonesia. Suku Bijagoi telah berpindah dari Gunung Bratak ke Gunung Jagoi pada awal tahun 1838 ekoran daripada serangan Iban dari Skrang. Oleh hal yang demikian, mereka telah menggelar diri mereka sebagai “Bijagoi” sehingga ke hari ini.

Suku yang seterusnya ialah suku Selako atau Rara yang pada asalnya, suku tersebut tidak termasuk dalam kelompok Bidayuh. Namun pada akhirnya mereka tergolong dalam suku Bidayuh kerana pengaruh politik pada tahun 1970. Pada ketika dahulu, mengikut sejarah, nenek moyang Selako tinggal di Gunung Gajing yang terletak berhampiran dengan punca air Sungai Selako yang berdekatan dengan Sengkawang. Seterusnya, suku Selako berpindah ke Sarawak dan menetap di sekitar Sungai Pasir dan juga Sungai Kayan pada tahun 1800.

Masyarakat Bidayuh percaya terhadap kepercayaan animisme pada zaman dahulu. Namun pada masa kini, kebanyakan masyarakat Bidayuh di Sarawak sekarang menganuti agama Kristian. Bukan itu sahaja, setelah mengikut lunas-lunas agama Kristian, segala bentuk pemujaan sudah lama ditinggalakan pada masa kini.


 Rujukan:

http://masyarakatsabahdansarawak.blogspot.com/2018/02/adat-resam-dan-budaya-kaum-bidayuh.html

https://www.academia.edu/9229057/MASYARAKAT_BIDAYUH

 

Kaum Iban



Kebanyakan kaum Iban di Malaysia terletak di Sarawak, sebahagian kecil di Sabah serta beberapa di barat Malaysia dan masyarakat Iban ini merupakan satu cabang bangsa Dayak Borneo. Semasa zaman penjajahan oleh British, mereka dahulunya dikenali sebagai etnik Dayak Laut.

Budaya dan adat resam masyarakat Iban yang pelbagai sememangnya terkenal. Masyarakat Iban menyanjung budaya dan adat resam mereka sehingga diagung-agungkan dan mereka juga mengekalkan sesetengah budaya dan adat resam mereka sehingga ke hari ini. Masyarakat Iban menggunakan bahasa Iban yang sangat unik untuk bergaul.

Pada zaman purba, mereka mempunyai reputasi menakutkan sebagai puak yang kuat dan berjaya berperang pada zaman purba. Mereka terkenal untuk mengamalkan pengembangan memburu kepala atau boleh dikenali sebagai ‘Ngayau’ dalam bahasa Iban.

Walaupun banyak adat puak, amalan dan bahasa masih diteruskan, pemburuan kepala secara beransur-ansur pudar semenjak kedatangan orang Eropah dan penjajahan yang berikutnya. Masyarakat Iban menetap di rumah panjang yang deigelar sebagai Rumah Panjai. Namun pada masa kini, kebanyakan rumah-rumah panjang Iban sekarang sudah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang moden. Sebagai contoh, bekalan elektrik dan air dan juga kemudahan lain seperti jalan raya, talian telefon dan Internet.

Masyarakat Iban ini mendiami di beberapa daerah dan bahagian di negeri Sarawak iaitu dari daerah Lundu di barat dan Limbang iaitu di timur laut. Namun demikian, terdapat juga kepadatan penduduk Iban iaitu di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan juga di Miri.

Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Iban menerima agama Kristian sebagai agama. Namun, dalam masa yang sama mereka masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan sebagai lambang tradisi masyarakat Iban.


Rujukan:

http://marveloustravelandtour.blogspot.com/p/suku-kaum-iban.html

https://www.academia.edu/40704338/Asal_Usul_Masyarakat_Iban_Sarawak

https://ibans502sivik.wordpress.com/2017/06/22/latar-belakang-suku-kaum-iban/


Kaum Melanau



Masyarakat Melanau merupakan salah satu kaum yang terdapat di Sarawak. Pada masa dahulu, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah panjang sama seperti kaum Iban namun rumah panjang masyarakat Melanau dibina dengan lebih tinggi. Pada masa kini, masyarakat Melanau telah mengubah cara kehidupan mereka iaitu dengan tinggal di dalam rumah kampung yang menyerupai corak orang Melayu. Kebanyakan rumah masyarakat Melanau dibina di tepi sungai dan juga berdekatan dengan pantai.

Meskipun kebudayaan kaum Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu namun mereka juga tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka sendiri iaitu diasingkan mengikut beberapa aspek seperti pakaian tradisional, adat kematian, adat perkahwinan, adat kelahiran, tarian tradisi, makanan, bahasa iaitu bahasa Melanau, kraftangan dan banyak lagi.

Masyarakat Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya dan juga Bintulu. Masyarakat Melanau merupakan masyarakat yang terawal di Sarawak yang menetap di Mukah.

Kaum Melanau juga dibahagi mengikut beberapa bahagian di kawasan Sarawak seperti Melanau Mukah, Melanau Dalat, Melanau Oya, Melanau Igan, Melanau Matu-Daro, Melanau Belawai-Rajang, Melanau Balingian, Melanau Ba’ie iaitu di Bintulu dan juga Melanau Miri.

Kebanyakan masyarakat Melanau pada masa kini menganuti agama Islam dan Kristian namun terdapat juga sebahagian daripada mereka mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok.


Rujukan:

http://isswak.weebly.com/kaum-melanau.html

https://www.slideshare.net/MirzaQayyum1/melanau-hubungan-etnik-2016

 

Kaum Kadazandusun



Di Sabah, kaum Kadazandusun ini sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’. Namun, kaum Kadazandusun ini terbentuk kerana persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kedua-dua kaum tersebut dan istilah Kadazandusun pun terbentuk untuk penyatukan untuk kedua-dua kaum ini.

Menurut statistik, Suku kaum Kadazandusun di Sabah merangkumi lebih kurang 40 etnik yang berbeza sepeerti Bisaya, Murut, Sungai, Bundu, Lingkabau, Rungus dan banyak lagi. Walaupun mempunyai perbezaan dari segi loghat, bahasa, ejaan dan sebutan telah banyak mempengaruhi etnik tertentu iaitu dari satu daerah dengan daerah yang lain di Sabah, meskipun berbeza, ia tetap membawa erti dan maksud yang sama.

Masyarakat Kadazandusun mengamalkan kepercayaan animisme sebelum kedatangan pengaruh Kristien dan Islam ke Borneo. Bagi mereka, mereka percaya bahawa setiap elemen alam seperti batu, pokok dan sungai mempunyai jiwa san semangat yang perlu ditenangkan dari semasa ke semasa melalui ritual tertentu. Namun, pada masa kini kebanyakan masyarakat Kadazandusun telah memeluk Kristian, namun beberapa ritual hanya dilakukan semasa perayaan tertentu. Selain itu, terdapat juga sebahagian daripada mereka memeluk agama Buddha dan Hindu.


Rujukan:

https://udakwah.com/kaum-kadazandusun/

https://ww2.sabah.gov.my/md.ppg/?seni-dan-budaya