Saturday, November 20, 2021

MASYARAKAT MAJMUK DARI SEGI POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI

Politik

Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan serta pilihan raya yang diadakan secara tetap sejak merdeka. Sistem politik di negara kita telah mengamalkan amalan demokrasi yang membenarkan pelbagai parti politik memainkan peranan mereka masing-masing dalam usaha untuk mendapatkan kuasa dan memerintah negara dan juga sebagai pembangkang di dewan negara dan juga negeri. Namun begitu, parti politik yang ditubuhkan di Malaysia ditubuhkan atas dasar kepentingan kaum.

Dasar pecah dan perintah yang berlaku pada zaman penjajahan British telah menyebabkan berlakunya perpisahan antara kaum-kaum ini dari segi penglibatan di Tanah Melayu.  Corak kegiatan berpolitik setiap kaum selepas kemerdekaan telah dipengaruhi oleh kesan dari dasar yang telah diperkenalkan. Perkara ini dapat dilihat apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman cuba untuk menggabungkan parti-parti politik yang mewakili tiga kaum utama.Antaranya ialah Melayu, Cina dan juga India. Namun golongan elit dan kelas pertengahan Melayu menentang dan mengkritik dengan hebat kerana mereka beranggapan perkara tersebut mengancam masa depan politik kaum Melayu.

Perkara sebegini berlaku kerana sifat dan tuntutan kaum telah mempengaruhi parti-parti tersebut. Meskipun demikian, dalam waktu yang tertentu, parti yang berasaskan kaum ini dapat dijadikan landasan dalam menyelesaikan isu kaum tersebut. Disebabkan kecenderungan dalam melihat sesuatu permasalahan dalam masyarakat dan negara menurut perspektif kaum, struktur politik sebegini akan berjadi halangan dalam pembinaan nasion kerana kepentingan kaum dilihat terlebih dahulu berbanding dengan kepentingan nasion.

Seterusnya, hal yang menjadi penyebab dalam jurang ini adalah dari segi pemusatan kuasa. Seperti yang telah dijelaskan, baik di pihak pemerintah mahupun pembangkang, pembentukan part-parti politik di Malaysia adalah berasakan kaum. Parti perikatan atau lebih dikenali sebagai Parti Barisan Nasional (BN) telah menguasai struktur pentadbiran dan pemerintahan Negara sejak kemerdekaan lagi.

Di samping itu, nasib orang Melayu khususnya dalam bidang ekonomi tidak menunjukkan sebarang perubahan yang boleh dibanggakan sepanjang tempoh tersebut. Sementara sektor ekonomi dipegang oleh golongan bukan bumiputera, munculah anggapan bahawa kuasa politik dipegang oleh golongan bumiputera. Sama ada dalam kalangan masyarakat dan juga di peringkat kerajaan negeri, lebih-lebih lagi sekiranya melibatkan aspek taraf hidup, pembangunan dan sebagainya, perasaan dianaktirikan dan sebagainya pasti akan wujud.

Perkara yang telah membawa kepada anggapan-anggapan yang sedemikian adalah kerana kerenah birokrasi dan meritokrasi. Perkara ini terjadi disebabkan oleh aspirasi kerajaan yang dilakukan melalui dasar-dasar kerajaan dan biasanya proses tersebut melibatkan isu-isu iaitu seperti kawalan top-down.

Proses-proses tersebut sememangnya kan melibatkan pengaruh politik dan akan menjadikan matlamat dan polisi itu menjadi semakin kompleks. Pengaruh politik ini akan menentukan bagaimana, siapa,bila untuk mendapatkan perkhidmatan atau peluang tersebut. Tambahan pula sekiranya perkara tersebut berlaku di luar kawasan dan kuasa perlimen. Seterusnya, kuasa, kekayaan dan gelaran telah melindungi golongan yang berkuasa dan menyebabkan jarang disentuh oleh tindakan undang-undang.

Sepertimana yang telah dinyatakan, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dalam politik bagi membolehkan peranan politik dalam menentukan hala tuju pentadbiran negara. Hal yang demikian telah menyebabkan kecenderungan parti-parti politik perkauman ini lebih kepada sifat dan tuntutan kaum masing-masing. Parti ini melihat sesuatu permasalahan berdasarkan aspek kaum dan bukannya bangsa Malaysia lebih menekankan dalam aspek perbezaan dan bukannya persamaan. Di samping itu, sebagai sebuah negara persekutuan, pembahagian kuasa antara pusat dan negeri juga telah ditetapkan dalam perlembagaan. Perkara yang dapat diperhatikan sepanjang tempoh kemerdekaan pada ketika itu ialah proses pembangunan lebih tertumpu kepada kawasan pantai barat Semenanjung berbanding negeri-negeri lain. Timbul rasa terpinggir di negeri lain termasuk di Sabah dan Sarawak yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tersebut. Hubungan politik akan menjadi tegang, manakala semangat kedaerahan akan terbina. Apabila adanya anggapan yang sebegini, usaha memupuk integrasi nasional dan pembinaan nasion terganggu.

 

Sosial

Dari segi aspek sosial pula terutamanya dalam bidang pendidikan juga telah mengalami perubahan yang pesat akibat penjajahan British di Tanah Melayu. Perkara ini berlaku kerana bukan sahaja berminat dalam bidang politik dan ekonomi, British juga turut menggunakan aspek lain iaitu bidang pendidikan yang berperanan sebagai agen perubahan. British juga telah memperkenalkan sistem persekolahan yang berbentuk vernakular semasa penjajahan pada ketika itu. Sekolah-sekolah yang ditubuhkan tersebut berasaskan bahasa pengantar yang berbeza-beza

Bagi mendapatkan sokongan pada masa ini, isu berhubung pendidikan  sering kali diperkatakan dan dipolitikkan oleh golongan tertentu. Terutamanya dalam kolongan orang Cina, tuntutan setiap kaum di Malaysia amat lantang. Bidang pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mencapai matlamat tersebut dalam pembinaan nasion. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan mampu menjadikan mekanisme dan alat untuk mengurangkan jurang sosial antara masyarakat dalam pembentukan nilai dan sikap keterbukaan.

Selain itu, Akta Pelajaran 1961 yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu juga perlu difahami kerana telah menjadi landasan kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Tanah Melayu. Bukan itu sahaja, perkara ini juga telah menyatukan anak-anak daripada semua bangsa di Tanah Melayu.

Tanpa mengancam kewujudan bahasa kaum lain, perkara ini telah menunjukkan bahawa bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan adalah bertujuan untuk menyatupadukan semua bangsa di Tanah Melayu.

Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Malaysia menjadi bahasa pengantar bagi semua sekolah. Meskipun demikian, dalam memperoleh ilmu pengetahuan dan penglibatan dalam kegiatan-kegiatan penting, pembelajaran bahasa asing boleh digunakan sebagai bahasa alternatif. Salah satu cara untuk masyarakat menerima satu aspek kebudayaan Malaysia bagi semua warganegaranya ialah penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pelajaran.

Hal ini bertujuan untuk memupuk dan juga untuk menyeragamkan semua sistem pendidikan di Malaysia dengan satu bahasa Malaysia iaitu bahasa Melayu.

Dari sekolah rendah hingga ke universiti, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Meskipun demikian, bahasa yang mencerminkan keperibadian Malaysia ini diragui kemampuannya untuk bersaing dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Timbulnya pusat-pusat pendidikan swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar menjadi salah satu ancaman terhadap bahasa Melayu.

Seterusnya, kerajaan Malaysia juga telah meminda akta yang berkaitan dengan pendidikan yang membolehkan universiti-universiti luar membuka cawangannya di Malaysia dan turut dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Terutamanya dari segi ekonomi, perkara ini telah menyebabkan nilai bahasa Melayu mula merosot. Hal ini kerana pihak majikan lebih cenderung mengambil graduan bumiputera lulusan universiti di Barat kerana siswazah tempatan lemah dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, pendebatan dan pertelingkahan yang kadang-kadang membawa kepada konflik etnik di Malaysia ialah isu bahasa. Bagi memahami masalah bahasa ini, satu perlembagaan telah diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan yang menyatakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi negara sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 dikecapi.

Meskipun demikian, dengan tujuan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal di Tanah Melayu, Parlimen telah mengkaji semula kedudukan bahasa Inggeris. Meskipun demikian, oleh kerana merasakan bahasa Melayu tidak patut menjadi bahasa kebangsaan, usaha tersebut mendapat tantangan terutamanya daripada golongan bukan Melayu. Seperti yang diamalkan oleh negara Switzerland dan Kanada, mereka lebih memihak sekiranya bahasa Melayu, Cina dan India diberi pengiktirafan yang sama dalam segala urusan negara.

Oleh kerana hak bahasa lain dijamin oleh perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan tidak membawa erti bahasa kaum lain dipinggirkan. Sebagai bahasa kebangsaan, penggunaan bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai pembentuk dan identiti bangsa Malaysia.

Perkara ini dapat memberikan kesan dalam kebudayaan Malaysia dan kotak kebudayaan yang memisahkan kaum ini dari segi bahasa akan terbuka ekoran penggunaan bahasa yang sama sekiranya penerimaan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan secara meluas.

Timbulnya berbezaan dari segi agama dan budaya yang disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik.Dari segi keunikan dan keistimewaan, perbezaan inilah yang membentuk Malaysia pada hari ini kerana berjaya menguruskan hubungan etnik dari kedua-dua aspek ini. Namun demikian, terdapat tanda-tanda yang kita masih menghadapi masalah dalam perkara ini dalam membina persefahaman dan permuafakatan dalam tempoh Malaysia mengecapi pembangunan ekonomi dan sebagainya.

Kesedaran rakyat tentang perlunya mematuhi peruntukan perlembagaan berhubung kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara dalam menghadapi permasalahan ini, di samping kebebasan hak beragama dalam menganut dan menjalankan agama masing-masing selagi menghormati prinsip perlembagaan dalam menghadapi permasalahan ini.

Isu agama juga merupakan salah satu isu yang amat sensitif dan juga boleh menjadi positif dalam pembentukan perpaduan kaum dan juga pembinaan nasion. Perkara yang telah menjadi permasalahan dalam kepelbagaian agama di Malaysia ialah terdapat kurangnya kefahaman tentang agama anutan dengan agama lain yang terdapat di Malaysia dalam mempelajari nilai-nilai murni sehingga menimbulkan kesalahfahaman dan prasangka.

Di  samping itu, sering dilihat juga bahawa perbezaan budaya menggugat pembinaan nasion. Hal ini berlaku kerana, setiap kaum di Tanah Melayu lebih cenderung menunjukkan kehebatan budaya kaum masing-masing.

Perkara ini telah menyebabkan munculnya keadaan etnosentrik iaitu melihat budaya sendiri lebih unggul dan tinggi berbanding budaya kaum lain.

Oleh hal yang demikian, aktiviti yang merapatkan budaya sesama kaum di Malaysia harus kerajaan galakkan. Hal ini demikian kerana, aktiviti ini semestinya akan menyumbang kepada pembinaan negara dengan adanya penglibatan masyarakat yang pelbagai kaum. Di samping itu, sensitiviti kaum dan sebagainya perlu diambil kira dalam menjalankan aktiviti budaya ini. Dalam aspek agama, masyarakat seharusnya sedar bahawa betapa pentingnya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan kerana agama merupakan satu isu yang begitu sensitif sekiranya dijadikan isu dan konflik. Sikap etnosentrik iaitu beranggapan bahawa budaya sendiri lebih baik berbanding dengan budaya kaum lain mestilah dielakkan supaya tidak timbulnya prasangka yang buruk mahupun salah faham. Bagi membentuk kesedaran sesama kaum, kesedaran dalam memahami budaya dan agama kaum lain juga perlu dipertingkatkan.

Anggapan bahawa budaya sendiri adalah lebih baik berbanding budaya kaum lain mesti dielakkan agar tidak timbul prasangka buruk dan salah faham. Kesedaran dalam memahami budaya dan agama kaum lain juga perlu dipertingkatkan bagi membentuk kesedaran sesama kaum.

 

Ekonomi

Seterusnya, sejak kedatangan British, kedudukan ekonomi di Tanah Melayu telah mengalami perubahan yang besar. Keadaan ekonomi telah menunjukkan ketidakadilan dalam kedudukan ekonomi semasa zaman penjajahan. Masyarakat Tanah Melayu berasa ketinggalan dan terpinggir dari arus kemajuan dan pembangunan kerana adanya dasar pecah dan perintah British. Dasar tersebut telah membahagikan penduduk Tanah Melayu berdasarkan fungsi mereka dalam bidang ekonomi. Berlakunya jurang ekonomi antara kaum semakin melebar dan besar yang merupakan kesan dari dasar tersebut. Dari segi penglibatan dan taraf hidup orang Melayu dalam bidang ekonomi di Tanah Melayu, situasi ini dapat dilihat bahawa orang Melayu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain terutamanya kaum Cina adalah lebih kukuh berbanding kaum lain.

Hal ini demikian, kemasukan imigran dari luar, terutamanya Cina dan India yang telah digalakkan oleh British terlibat secara aktif dalam bidang ekonomi, terutamanya dalam sektor perlombongan, perniagaan dan perdagangan dan Melayu dikekalkan  dalam status ekonomi tradisional.

Walaupun kerajaan telah memberi tumpuan dalam aspek pembangunan desa dan projek mega di bandar selepas kemerdekaan iaitu pada tahun 1980-an, perbezaan jurang kemiskinan antara kaum masih juga timbul. Tetapi, masalah kemiskinan masih tidak dapat diatasi kerana jurang ekonomi yang menjadi penyebab tercetusnya pergaduhan di Kampung Medan, Selangor pada tahun 2001. Pergaduhan ini melibatkan antara orang Melayu dan India yang menunjukkan pengurusan kumpulan miskin dan pinggiran bandar perlu perhatian.

Jurang ekonomi masih wujud sehingga kini. Dari segi pembangunan, peminggiran ,kemiskinan dan ketidaksamarataan, perkara inilah yang telah menyebabkan timbulnya rasa perbezaan setiap kaum yang ketinggalan dan mundur.  Seperti kejadian pada tahun 1997 iaitu pergaduhan di Kampung Rawa, Pulau Pinang telah menunjukkan masalah etnik dari sudut ekonomi.

Di samping itu, masih wujud fenomena yang ketara dalam pembangunan negara meskipun Malaysia merupakan negara yang sedang pesat membangun. Jurang ekonomi di antara etnik ini dapat dilihat terutamanya antara etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India telah membawa kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Tujuan kerajaan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan semua kaum.  Meskipun demikian, Dasar Ekonomi Baru (DEB) lebih mengutamakan penyusunan semula masyarakat iaitu dengan meningkatkan penyertaan dan penglibatan orang Melayu terutamanya dalam bidang industri dan perniagaan.

 Namun demikian, kaum-kaum lain juga mendapat faedah lain hasil daripada pelaksanaan projek pembangunan ini dan tidak bermaksud mereka diabaikan. Jika diperhatikan, disebabkan oleh identifikasi ekonomi antara kaum semakin pudar, DEB telah membawa perubahan yang signifikan dalam penyusunan semula masyarakat Malaysia. Pertumbuhan dan pengagihan sumber material yang seimbang antara etnik, agama, wilayah, bandar dan desa juga harus ditekankan oleh acuan ekonomi negara. Hal ini kerana, perkara berikut merupakan asas kepada kejayaan, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat Malaysia yang berbilang etnik.

 

Rujukan:

https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/download/504/346/1035