Saturday, November 20, 2021

KESAN-KESAN SEKIRANYA MASYARAKAT MAJMUK TIDAK DIWUJUDKAN

 Kesan – kesan negatif terhadap Malaysia sekiranya peradaban majmuk tidak diwujudkan ketika dahulu

Apakah itu perpaduan and mengapakah ianya penting untuk dipupuk dalam diri individu masing-masing? Perpaduan yang diklarifikasikan sebagai satu proses yang dibentuk bagi menyatupadukan masyarakat dan negara. Relevansi-relevansi perpaduan dalam membentuk satu identiti dan nilai mengikut satu tilikan kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Perpaduan juga penting dalam kalangan masyarakat bagi membentuk sesuatu perpaduan negara seperti Malaysia yang didiami oleh masyarakat pelbagai etnik dan kaum yang memiliki sifat yang majmuk bagi mewujudkan kepincangan perleraian. Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai etnik, bangsa dan agama dan perpaduan bukanlah satu penghalang untuk kita sebagai rakyat Malaysia dalam berusaha mewujudkan sifat-sifat toleransi sesama diri kita. Dengan sifat yang dipupuk dalam diri, kita sebagai rakyat Malaysia dapat menimbulkan suasana yang ceria, aman damai dan harmoni agar tidak tercetusnya perselisihan faham antara sesama kaum dan bangsa serta hubungan antara kaum tidak renggang dari generasi ke generasi yang seterusnya. Generasi yang baru dapat mempertikaikan dalam menyelesaikan kekangan-kekangan dengan bernas dan mudah. Itulah kelebihan-kelebihan sebagai rakyat Malaysia. Bagi negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, perpaduan kaum dan integrasi amat penting. ‘integrasi’ didefinisikan dalam Kamus Dewan Edisi Empat sebagai penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum seperti unsur, bahagian dan lain-lain menjadi satu kesatuan dan penyatuan.

 Persoalannya, apakah kesan buruk jika peradaban majmuk tidak diwujudkan ketika dahulu? Kesan-kesan buruk tentang peradaban majmuk dapat diselidik dari aspek sosial iaitu berkenaan dengan isu perkauman dan isu semasa kini. Daripada isu-isu tersebut, kita dapat mengenalpasti kesan yang negatif sekiranya peradaban majmuk tidak diwujudkan ketika dahulu.

 Kesan-kesan buruk sekiranya peradaban majmuk tidak diwujudkan adalah tercetusnya rusuhan antara kaum seperti peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang menjadi salah satu catatan sejarah yang lusuh di negara kita.  Bukan itu sahaja, hubungan antara kaum juga akan terjejas sekiranya tindakan luar batasan yang tidak terkawal dan tidak dicegah dengan secepat mungkin. Iktibar-iktibar daripada peristiwa tersebut dapat dicontohi dalam kalangan masyarakat untuk tidak melakukan apa-apa tindakan yang dapat melumpuhkan perpaduan antara kaum. Dari situ kita dapat bayangkan, apa yang akan berlaku sekiranya perpaduan kaum tidak dipupuk. Peperangan, perompakan, penculikan dan pembunuhan akan berlaku sekiranya masyarakat tidak berusaha untuk mencari jalan bagi memupuk perpaduan dalam diri sendiri. Hal ini demikian kerana segelintir masyarakat yang tidak berpuas hati dengan keputusan individu yang lain. Sikap prasangka antara kaum juga akan sentiasa wujud dalam diri masyarakat. Sifat seperti saling mencurigai akan tertanam di dalam hati masyarakat. Meskipun individu mencuba untuk melupakan dan membuang tabiat yang buruk itu, perasaan ini payah untuk dihapuskan. Sekiranya sikap prasangka dan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri, keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud. Hal ini akan menyebabkan negara sukar untuk dibentuk menjadi negara yang mencapai perpaduan.

 Selain itu, kesan yang paling teruk dalam kalangan masyarakat sekiranya peradaban majmuk tidak wujud dalam diri kita ialah perubahan terhadap sikap anak-anak pada masa kini. Dengan ini, sifat-sifat mereka akan menjadi kurang ajar dan tidak senonoh ketika bergaul dengan ibu bapa atau individu yang berada disekeliling mereka. Mereka juga akan menjadi sulit untuk berubah kerana dipengaruhi oleh rakan sebaya dan media sosial. Perkara ini akan menjadikan mereka terbiasa dengan sikap mereka tersendiri dan enggan untuk berubah kerana tidak pernah dididik oleh ibu bapa untuk menjadi seorang anak yang berbudi bahasa dan beradab kepada semua masyarakat. Mungkin mendidik anak-anak sukar dari segi pergaulan tetapi boleh juga mendidik mereka dengan menjadi salah satu contoh suri tauladan yang baik bagi mereka. Bukan itu sahaja, bersedia untuk mendengar luahan hati dan perasaan anak- anak juga membantu mereka untuk bergaul dengan baik dan berbudi bahasa.

 Di samping itu, kesan-kesan buruk sekiranya peradaban majmuk tidak diwujudkan ketika dahulu adalah imej negara kita juga akan menjadi merosot. Negara luar akan memandang rendah terhadap negara kita dan menganggap negara kita sebagai negara yang tidak berkemampuan dalam membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Misalnya, rusuhan dan konflik semasa akan sentiasa berlaku dimana-mana sahaja tidak kira pada usia remaja atau dewasa kerana “kunci” perpaduan itu dalam kalangan masyarakat telah rosak dan musnah. Tiada “mangga” untuk menutup semula konflik-konflik tersebut. Selepas itu, tersebarlah kejadian rusuhan tersebut di mata dunia. Pelancong dari luar negara tidak berminat untuk melabur ke negara kita, Malaysia kerana peristiwa tersebut. Hal ini demikian kerana negara-negara luar akan kurang mengeksport barangan mereka kepada Malaysia. Sekiranya pengeksport dari luar negara berlabur dalm negara yang tidak stabil ekonominya, mereka akan berasa was-was untuk mengambil risiko menghadapi kerugian. Di samping itu, penerimaan ugutan dalam kalangan peniaga-peniaga juga akan menyebabkan mereka menjadi kurang aktif dalam perniagaan mereka dan mungkin juga tempat mereka melakukan aktiviti perniagaan berhampiran dengan kawasan orang ramai berhimpun dan melakukan tunjuk perasaan. Peristiwa ini boleh dikaitkan dengan apa yang berlaku pada zaman Arab Jahiliah semasa Masihi yang lama dahulu. Arab Jahiliah juga tercetusnya peperangan antara masyarakat kerana ketidakadilan antara individu masing-masing. Dengan itu, kita haruslah berusaha dalam menjaga tingkah laku dan pergaulan kita dengan orang lain supaya individu yang lain tidak tersinggung dengan pendapat kita.
 
 SUMBER RUJUKAN :

https://eseispmstpm.blogspot.com/2014/07/perpaduan-kaum-di-malaysia.html

 https://www.scribd.com/embeds/99491126/content?start_page=1&view_mode=scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf